PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga petang ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Perak, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Antara kawasan yang terlibat adalah Perak (Hilir Perak) manakala di Pahang (Kuantan).
“Turut terlibat adalah Selangor (Sabak Bernam) dan Johor yang melibatkan di kawasan (Kota Tinggi).
“Ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Sarawak membabitkan uching, Samarahan, Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang dan Sabah yang melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang dan Tambunan) dan Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud),” katanya. – KOSMO! ONLINE..