PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Pahang dan Johor.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga pukul 3 petang ini.
“Di negeri Pahang, ia berisiko melanda kawasan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.
“Cuaca buruk yang sama dijangka berlaku di Johor membabitkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.