fbpx

Rampasan dadah di KL meningkat 7 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi (tengah), Zulkepli (kiri) dan Mohamad Alpiyang pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur berjaya membuat rampasan dadah bernilai RM118 juta melibatkan 5,783 tangkapan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, rampasan itu didapati melebihi nilai rampasan sepanjang tahun lalu berjumlah RM112.8 juta dengan 21,544 tangkapan.

“Berdasarkan tempoh kajian, tangkapan yang dilakukan menurun tahun ini, tetapi jumlah rampasan meningkat hampir tujuh kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun lalu, sebanyak RM19.3 juta dadah berjaya dirampas membabitkan 5,977 tangkapan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Terdahulu, Asisten Komisioner Zulkepli Hashim Kuala Lumpur memulakan tugas sebagai Ketua JSJN Kuala Lumpur baharu hari ini selepas mengambil alih jawatan tersebut daripada Superintenden Mohamad Alpiyang Ali.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, pihaknya tidak boleh berputus asa dan berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi.

“Saya berharap ketua JSJN Kuala Lumpur yang baharu dapat menerajui operasi yang lebih berjaya menentang ancaman dadah.

“Saya yakin Zulkepli dapat memimpin jabatan ini ke tahap yang lebih tinggi memandangkan pengalamannya menerajui JSJN di Sabah hampir dua tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI