ALOR SETAR – Pas akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada esok.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, calon mewakili parti itu sudah dimuktamadkan baru-baru ini sekali gus akan menamatkan teka-teki siapakah yang mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN) bagi DUN berkenaan.
“Calon sudah ada, kalau tidak ada saya pun boleh. Lepas pengumuman calon ini kita akan lebih agresif berkempen untuk calon.
“Pengumuman calon pada 8 April dan seterusnya penamaan calon pada 12 April,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Mentaloon di sini semalam. – KOSMO! ONLINE