fbpx

PRK Ayer Kuning: Ustaz Mohamad Yusri calon BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Yusri (tengah) diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj. Tahir, Temoh di Tapah hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Ustaz Mohamad Yusri Bakir, 54, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang akan berlangsung pada 26 April hadapan.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Perak merangkap Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu majlis di Command Center BN Perak di Kg. Tersusun Hj Tahir di sini hari ini.

Beliau yang merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh memiliki Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain itu, beliau juga mengepalai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI