fbpx

Pesawat nyaris hempap lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat berkenaan terbang rendah di atas kenderaan lain. - Daily Star

BRASILIA –  Sebuah pesawat ringan nyaris merempuh lori dan sebilangan kenderaan lain apabila ia mendarat cemas di atas lebuh raya selepas mengalami kegagalan enjin, lapor akhbar Daily Star semalam.

Detik cemas itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kereta dalam kejadian di negeri Santa Catarina, Brazil, Sabtu lalu.

Berdasarkan video tersebut, sebuah pesawat enjin tunggal Pelican 500 BR dilihat terbang amat rendah di atas kenderaan lalu-lalang di sebuah lebuh raya.

Ia dilihat berada dalam keadaan terhuyung-hayang ketika juruterbang cuba mendaratkan pesawat itu sebaik mungkin tanpa melanggar sesiapa.

Pada suatu ketika, pesawat berkenaan nyaris melanggar sebuah lori sebelum ia mendarat di atas jalan, di hadapan lori tersebut.

Beberapa kenderaan yang berada di belakang pesawat menekan brek kecemasan dan berjaya mengelak daripada berlanggar sesama sendiri.

Pesawat itu bergerak beberapa meter sebelum ia berhenti sepenuhnya tanpa ada sesiapa pun mengalami kecederaan.

Polis mengesahkan identiti juruterbang dan penumpang yang merupakan pemilik pesawat tersebut.

Pesawat tersebut ditunda sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) sebelum lebuh raya itu dibuka semula sepenuhnya. Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI