fbpx

Pengawal keselamatan dilibas pakai sabit, main cinta isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan mayat mangsa bunuh ditemukan. - Istimewa

JAKARTA – Seorang lelaki di Labuhan Batu, wilayah Sumatera Utara ditahan selepas membunuh seorang pengawal keselamatan yang didakwa curang dengan isterinya, lapor laman berita Kompas semalam.

Kejadian berlaku pada malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Panai Tengah, Asisten Komisioner Basyaruddin Siregar berkata, suspek melibas mangsa menggunakan sabit kerana cemburu terhadap hubungan lelaki itu dengan isterinya.

Tambahnya, suspek juga bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun di bahagian berbeza.

“Berdasarkan keterangan awal, motif suspek adalah cemburu kerana kecurangan mangsa dengan isterinya,” kata Basyaruddin.

Suspek ditahan untuk tindakan lanjut, manakala polis masih menyiasat kejadian itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI