fbpx

Pemandu lori terima lebih 30 jahitan dicakar harimau kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURESH menunjukkan keadaan kepalanya yang menerima lebih 30 jahitan akibat diserang harimau kumbang di Jalan Bukit Tangga-Seremban di sini Khamis lalu.

SEREMBAN – Seorang pemandu lori yang diserang harimau kumbang ketika berhenti di Jalan Bukit Tangga – Seremban di sini Khamis lalu mengakui masih trauma dan menerima lebih 30 jahitan di kepala akibat kejadian itu.

A. Suresh, 54, berkata, bagaimanapun dia bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan akibat cengkaman kuku haiwan liar tersebut dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Tuanku Ja’afar selepas tiga hari menerima rawatan.

“Sampai sekarang saya tidak dapat tidur nyenyak kerana terbayang-bayang harimau itu menerkam saya. Saya pun tak tahu dari mana ia datang, tetapi memang mengejutkan dan menakutkan,” katanya di sini hari ini.

Bercerita lanjut, bapa kepada dua anak itu berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghantar makanan ayam di Jelebu.

Suresh yang berasal dari Klang, Selangor memberitahu, dia berhenti di lokasi kejadian kerana mahu memeriksa keadaan lori dan membuang air kecil.

“Tengah saya nak cuci tangan, harimau itu lompat ke atas saya dan cuba menggigit kepala saya, tapi saya sempat masukkan botol air ke dalam mulutnya,” katanya.

Tambahnya, dia bernasib baik kerana ada kenderaan lain yang berhenti di hadapan dan membantunya menghubungi ambulans. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI