fbpx

Pelancong terpinga-pinga diminta ganti pemandu teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong tersebut terpaksa memandu teksi ketika jalan sesak. - Instagram

BANGKOK – Seorang pelancong di Bangkok mengalami detik lucu apabila diminta memandu teksi dalam kesesakan lalu lintas selepas pemandu kenderaan itu tidak dapat menahan diri untuk  membuang air, lapor laman berita Must Share News semalam.

Dalam sebuah video tular, pelancong yang hanya dikenali sebagai seorang deejay itu berada di dalam teksi ketika jalan sesak teruk, membuatkan mereka terkandas selama dua jam setengah.

Pemandu teksi yang sudah tidak mampu lagi bertahan meminta penumpang berkenaan memandu kerana dia perlu pergi ke tandas dengan segera.

Pelancong yang terpinga-pinga itu akur pada arahan dan duduk di tempat duduk pemandu.

Tidak lama kemudian, jalan mulai sedikit lancar, membuatkan pelancong tersebut teragak-agak sama ada dia perlu terus memandu atau menunggu di tepi jalan.

Disebabkan sukar untuk memberhentikan teksi, dia meneruskan pemanduan sehingga meninggalkan pemandu itu beberapa ratus meter di belakang.

Namun, nasib menyebelahi pelancong berkenaan apabila lalu lintas kembali terhenti sebelum pemandu teksi berjaya menemukan keretanya.

Pemandu teksi itu mengucapkan terima kasih kepada pelancong berkenaan kerana telah membantunya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI