fbpx

Pegawai penguat kuasa direman minta RM10,000 daripada keluarga mangsa cabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai SPRM membawa suspek (kiri) untuk prosiding reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini. FOTO ROSALWANI CHE SOH/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang pegawai penguat kuasa direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta rasuah sebanyak RM10,000 daripada keluarga mangsa kes rogol.

Perintah reman sehingga Rabu ini terhadap suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan berseluar biru gelap tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini dengan menaiki van SPRM kira-kira pukul 8.20 pagi untuk prosiding reman.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan selepas SPRM menerima aduan daripada pengadu bahawa suspek dipercayai meminta rasuah sebanyak RM10,000 daripada keluarga mangsa kes rogol.

Menurutnya, suspek ditahan di pejabatnya di Jeli dekat sini pada petang semalam.

“Suspek dipercayai menerima sogokan untuk menutup kes berkenaan memandangkan wanita tersebut masih belum membuat laporan rasmi melibatkan kes rogol anaknya,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI