BINTULU – Seorang wanita warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan 16 buah rumah setinggan di Jalan Tanjung Kidurong, Sungai Plan di sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat mangsa berusia 77 tahun itu dijumpai selepas kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 12.03 tengah hari tadi.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis pukul 2.12 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau menambah, kebakaran itu turut mengakibatkan seramai 91 orang tinggal sehelai sepinggang, yang terdiri daripada 66 orang dewasa dan 25 kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE