fbpx

Mohon doakan arwah, pilu kali terakhir rasa lemang Adik Mi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Zaini (kiri) pilu kerana kali terakhir menyambut Syawal dengan adik bongsunya.

TAIPING – Dapat merasai lemang buatan adik bongsunya merupakan antara memori pilu seorang kakak sebelum adiknya meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung ketika menjalankan kerja-kerja pembersihan di tapak pembinaan di Lenggong semalam.

Nor Zaini Che Nor Allasahlila Puttera, 39, berkata, adiknya, Mohd. Suhaimi bertanggungjawab menghasilkan lemang untuk keluarga setiap kali hari raya.

“Kami sering mengusik arwah mengenai lemang yang dibuatnya. Kami memuji lemang beliau. Namun tak sangka raya tahun ini adalah kali terakhir dia buat lemang untuk kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, adiknya itu yang dipanggil Adik Mi dalam kalangan keluarga menunjukkan sikit ceria yang luar biasa semasa menyambut Aidilfitri dan tanpa henti mahu mengambil gambar bersama.

“Raya kali ini dia mengambil banyak video bersama kami. Mohon doakan adik saya,” katanya.

Allahyarham Mohd. Suhaimi meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia dua tahun dan dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Sumpitan, Lenggong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI