PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak malam ini.
MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, di Pahang, ia melibatkan kawasan Bera dan Rompin, manakala Negeri Sembilan pula di daerah Jempol.
“Di Johor, daerah yang terjejas adalah Mersing. katanya. Sarawak pula di Kuching, Serian, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Kapit (Belaga) dan Miri ,” katanya.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.