fbpx

Mangsa banjir di Batu Pahat meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di Batu Pahat ditempatkan di PPS SMK Sri Gading.

BATU PAHAT – Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading meningkat berbanding petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka sejak Sabtu kini menempatkan seramai 326 mangsa daripada 108 keluarga di Kampung Baharu, Sri Gading.

Katanya, pada Sabtu lalu 254 mangsa daripada 88 keluarga telah dipindahkan ke PPS selepas hujan berlaku sepanjang malam sehingga menyebabkan air di tali air Kampung Baharu melimpah ke kawasan kediaman penduduk.

“Hasil daripada laporan yang diterima hari ini, Sungai Senggarang berlaku peningkatan paras air iaitu 3.35 meter dan kurang 0.15 meter untuk mencecah paras bahaya.

“Manakala Sungai Batu Pahat berada dalam paras waspada apabila mencatatkan paras air sungai sedalam 2.30 meter,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI