fbpx

Malaysia komited pertingkat hubungan dua hala dengan Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengucapkan tahniah kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa (gambar kecil).

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas pembentukan kerajaan Syria yang baharu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah tersebut kepada Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa.

“Malaysia komited untuk meningkat hubungan dua hala khususnya dalam bidang ekonomi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar berkata, Malaysia juga bersedia menggalakkan syarikat-syarikat di negara ini untuk melabur serta menyumbang kepada usaha pembinaan semula Syria.

Kata beliau, Ahmed al-Sharaa juga telah menjemputnya untuk melawat Syria sebagai usaha mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Ahmad al-Sharaa diisytiharkan sebagai Presiden Syria dalam fasa peralihan, susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad yang memerintah negara itu selama 45 tahun.

Pengumuman itu dibuat oleh jurucakap Jabatan Operasi Ketenteraan, Kolonel Hassan Abdul Ghani semasa Persidangan Kemenangan yang diadakan di Damsyik pada Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI