fbpx

Majlis Aidilfitri Parlimen Sepang batal, hormati mangsa Putra Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengumuman pembatalan majlis tersebut dibuat menerusi Facebook Aiman Athirah hari ini.

SEPANG – Majlis Rumah Terbuka ‘Kasih D’Aidilfitri’ Parlimen Sepang yang dijadualkan pada 19 April ini dibatalkan demi menghormati penderitaan dialami mangsa letupan saluran gas Putra Heights, Puchong.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, majlis itu dibatalkan sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa insiden berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, sebagai langkah awal, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang akan menyediakan sejumlah 232 buah tilam bersaiz ‘queen’ untuk diagihkan kepada 116 keluarga mangsa terbabit.

“Saya difahamkan, mangsa letupan berkenaan dijadualkan berpindah masuk ke Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, di sini mulai minggu ini. Saya bersama Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang dengan semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan mengalu-alukan 116 keluarga mangsa ini dan siap sedia membantu.

“Ia (proses pemindahan dan penempatan sementara mangsa) akan diselaraskan Pegawai Kebajikan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI