fbpx

‘Macam mana nak handle bini kurang ajar, ya?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – “Macam mana nak ‘handle’ (kendalikan) bini kurang ajar, ya? Kita ni semua dah sediakan. Rumah, kereta, nafkah semua dan gelang emas lagi tapi bini pula ada masalah baran.”

Itu luahan seorang suami yang kecewa dengan sikap isterinya yang disifatkan sebagai biadap dan panas baran.

Katanya di media sosial, sembilan tahun usia perkahwinan mereka, dia selalu ditengking sekali gus mengakui sudah letih menjadi seorang suami yang penyabar.

“Dah tak ada rasa hormat. Tak boleh kita marah sikit, dia lagi provoke (provokasi). Kerja rumah semua saya tolong sebab bekerja dari rumah.

“Ada satu masa, dia marah saya sebab benda kecil. Saya cakap, jangan la marah-marah, ini suami awak boleh cakap elok-elok tapi dia tak hirau.

“Saya hempas tangan dekat sofa nak bagi dia senyap, lepas tu dia cakap kenapa pukul sofa, pukul sajalah dia. Kalau iman tak ada memang dah kena. Saya takut hilang sabar. Saya rasa perkahwinan ni sangat toksik,” luahnya.

Luahan lelaki itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata bersimpati, malah ada juga menyarankan supaya dia membawa isteri berjumpa pakar psikiatri.

“Encik tolong bawak isteri jumpa pakar psikiatri. Biar pakar yang diagnosis dan bawa juga rukyah. Kalau dua-dua cara tak berkesan, encik sendiri buat keputusan terbaik untuk mental encik dan anak-anak,” cadang seorang netizen.

“Tetap kuat bro. Susah nak jaga perasaan bila kita rasa tak dihormati,” kata @tengkusolihin.

“Awak ketua keluarga. Jangan jadi dayus,” ujar netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI