fbpx

Luahan pembaca: Banyak kafe rupa premium, rasa ‘out’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rupa fizikal makanan yang dihidangkan belum tentu menjamin rasa yang melazatkan. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kafe moden atau hipster yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, namun harga makanan yang dijual sering dipertikaikan.

Hidangan yang nampak menarik di media sosial dijual pada harga RM20 hingga RM40 sepinggan, namun dari segi rasa, ia sering kali tidak sepadan dengan harga yang dikenakan.

Timbul persoalan, adakah pelanggan membayar untuk rasa makanan itu, atau sekadar untuk suasana?

Situasi ini semakin menjadi kebiasaan di kawasan bandar utama, terutamanya di lokasi popular dalam kalangan anak muda seperti Bangsar, SS15, atau pusat beli-belah terkenal.

Dari segi visual, makanan ini mungkin kelihatan ‘instagrammable’, tetapi dari segi rasa dan kuantiti, ia jauh daripada memuaskan.

Lebih mengecewakan apabila pengusaha kafe lebih fokus kepada dekorasi dalaman yang estetik dan konsep yang unik, namun rasa ‘out’.

Terdapat juga menu yang dinamakan dalam bahasa asing yang kedengaran eksklusif, tetapi sebenarnya hanyalah olahan mudah seperti roti telur atau nasi goreng biasa.

Keadaan ini bukan sahaja menghampakan pelanggan, malah boleh menggugat kepercayaan jangka panjang terhadap sektor makanan dan minuman.

Kualiti masakan seharusnya tidak dikorbankan hanya demi mengejar gaya atau populariti semata-mata.

Trend boleh datang dan pergi, tetapi rasa yang benar-benar sedap dan dibuat dengan kejujuran akan sentiasa diingati oleh pelanggan.

Anti penipu,
Bangsar South

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI