fbpx

La Liga: Rekod kebal 17 tahun Real Madrid berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REAL gagal mempertahankan rekod kebal apabila mereka tewas buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun menentang Valencia di Santiago Bernabeu. - AFP

MADRID – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti tetap optimis peluang pasukannya untuk menjuarai La Liga musim ini masih belum tertutup, biarpun tewas mengejut 1-2 kepada Valencia di Santiago Bernabeu kelmarin.

Dalam aksi penuh debaran itu, Real bermula hambar apabila Mouctar Diakhaby meledak gol pembukaan buat Valencia pada minit ke-15 hasil tandukan kencang, selepas Vinícius Junior gagal menyempurnakan sepakan penalti hanya beberapa minit sebelum itu.

Bagaimanapun, bintang Brazil itu menebus kesilapan dengan gol penyamaan seawal babak kedua, namun Real dikejutkan sekali lagi apabila Hugo Duro menjaringkan gol kemenangan buat pelawat pada minit ke-95,sekali gus memberikan Valencia kemenangan pertama di Bernabeu dalam tempoh 17 tahun.

Kekalahan itu menyaksikan Real terus ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, Barcelona yang mencatat keputusan seri menentang Real Betis, namun Ancelotti tetap percaya peluang mereka belum tertutup sepenuhnya.

“Memang ia menjadi lebih sukar untuk memburu kejuaraan liga, tapi kami hanya ada satu matlamat iaitu lakukan yang terbaik hingga penghujung musim. Kami masih ada peluang. Mungkin kurang sedikit selepas kekalahan ini, tetapi kami akan terus berjuang,” kata Ancelotti.

Selain saingan La Liga, Real masih berada dalam dua lagi perebutan trofi musim ini iaitu bakal menentang Barcelona dalam final Piala Raja Sepanyol pada 26 April dan berdepan Arsenal dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara Selasa ini di Emirates. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI