fbpx

KPKT senarai hitam 109 pemaju perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 109 pemaju perumahan di seluruh negara disenarai hitam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tindakan tegas menerusi Jabatan Perumahan Negara (JPN) itu kerana gagal mematuhi syarat lesen dan menjalankan projek secara tidak sah.

Kata beliau, ia sebagai langkah melindungi hak pengguna khususnya pembeli rumah yang menggunakan simpanan seumur hidup untuk memiliki kediaman.

“Ini merupakan usaha serius dalam membela dan melindungi hak pengguna,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan ’14th Annual Affordable Housing Projects Conference’ di sebuah hotel di sini hari ini.

Kor Ming berkata, kesalahan utama yang dilakukan oleh pemaju tersebut termasuk kegagalan menghantar laporan perkembangan projek.

Menurut beliau, kesalahan lain tidak menyerahkan laporan pemeriksaan teknikal serta tidak mengemukakan penyata keuntungan dan penyata kewangan projek masing-masing.

“Akibat kegagalan ini, mereka tidak akan dibenarkan memohon lesen baharu. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemaju yang didapati mengambil kesempatan terhadap rakyat,” katanya.

Beliau seterusnya menegaskan, pengarah syarikat terlibat turut disenarai hitam untuk mengelak mereka menukar nama syarikat atau menggunakan entiti lain sebagai helah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI