fbpx

Kebakaran saluran paip: Kerja stabilkan tapak letupan bermula petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawah yang terbentuk selepas kebakaran paip gas di Putra Heights.

SHAH ALAM – Kajian teknikal di tapak letupan akibat kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini, akan bermula 15 April depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses mengukuhkan dan menstabilkan tapak tersebut hanya akan bermula petang ini.

“Jadi, selepas itu pasukan siasatan teknikal akan melihat dan menganggarkan apa punca dan kesan sebenar daripada pelakunya.

“Buat masa sekarang, pihak polis sudah semakin jelas berdasarkan laporan semalam. Tetapi kita akan lihat faktor lain termasuk kesan-kesan sekeliling dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan pihak berkuasa masih perlu menstabilkan kawasan ‘ground zero’ yang kini tidak stabil akibat letupan serta ditakungi air kerana hujan.

Justeru, Hussein memaklumkan pengairan sementara telah dilakukan dijangka selesai semalam bagi memilihkan keadaan menerusi pembinaan longkang bermonsun yang merentasi paip gas Petronas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI