fbpx

Kebakaran paip gas: Ramai pelajar trauma, bantuan RM500 beli keperluan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Segelintir pelajar yang menjadi mangsa insiden tersebut bersiap untuk sekolah menggunakan perkhidmatan percuma yang disediakan di PPS. Foto Saddam Yusoff/ KOSMO!

SHAH ALAM – Ramai pelajar yang menjadi mangsa kebakaran paip gas Putra Heights, Subang Jaya dekat sini tidak hadir ke sesi persekolahan dipercayai masih dalam keadaan trauma akibat inside itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan rekod menunjukkan hanya 20 peratus sahaja pergi ke sekolah pada sesi pagi menerusi perkhidmatan pengangkutan percuma disediakan dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya, terdapat 265 keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terlibat atau terkesan akibat kejadian itu.

“Justeru, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)akan menghantar pegawai dan mereka yang terlibat membantu pelajar meneruskan sesi pembelajaran dalam keadaan bencana,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) akan memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada keseluruhan pelajar itu bagi membolehkan mereka membeli keperluan asas yang termusnah
akibat kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI