fbpx

Kebakaran paip gas: JPJ ganti 163 dokumen kenderaan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA kediaman dan kenderaan yang rosak akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 163 gantian dokumen kenderaan secara percuma kepada mangsa terlibat kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong.

Penggantian dokumen kenderaan secara percuma itu melibatkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) sebanyak 114 selain Lesen Kenderaan Motor (17) dan Lesen Vokasional (GDL/ PSV) sebanyak empat unit.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya juga menerima sebanyak 19 permohonan untuk urusan pembaharuan CDL selain 58 khidmat nasihat kepada mangsa kebakaran berkaitan insurans kenderaan.

“Kaunter Bergerak JPJ Mobile telah beroperasi pada 3 hingga 6 April di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights.

“Inisiatif itu adalah untuk meringkankan beban dan memudahkan mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan dengan menggantikan dokumen pengangkutan musnah atau hilang secara percuma tanpa perlu membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, JPJ melalui JPJ Negeri Selangor telah membuka Kaunter Bergerak JPJ Mobile bagi memudahkan mangsa kebakaran mendapatkan gantian dokumen penting berkaitan kenderaan secara percuma.

JPJ telah menawarkan perkhidmatan cetakan gantian dokumen Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Vokasional (GDL / PSV) secara percuma kepada mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI