fbpx

Hujan lebat landa tujuh negeri berlarutan sampai tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Antara kawasan yang terlibat di Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) manakala di Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Sementara itu, kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat ialah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ribut petir pula dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” kata kenyataan itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI