fbpx

F1: Dominasi McLaren dilebur Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mengekalkan kejuaraan GP Jepun yang dimenangi musim lalu selain memecahkan dominasi McLaren sejak dua perlumbaan lalu. - AFP

SUZUKA – Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen meraih kemenangan pertama dalam saingan Formula Satu (F1) musim ini selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix (GP) Jepun yang berlangsung di Litar Suzuka semalam.

Memulakan perlumbaan di petak pertama, juara dunia itu pada awalnya berdepan masalah gear selain diberi tekanan oleh Lando Norris dari McLaren, namun dia kekal tenang sehingga tamat saingan.

Kemenangan itu pastinya memberikan keyakinan baharu buat Verstappen dalam usahanya mempertahankan kejuaraan dunia musim lalu selepas menampilkan aksi agak goyah dalam dua perlumbaan awal di Australia dan China.

Lebih manis, Verstappen turut mempertahankan statusnya sebagai pemenang GP Jepun tahun lalu di mana dia mengetepikan cabaran rakan sepasukan, Sergio Perez dan Carlos Sainz dari Ferrari ketika itu.

“Satu perlumbaan yang sangat sukar, terutamanya pada pusingan terakhir kerana dua pelumba McLaren memberi tekanan kepada saya. Selain itu, bukan mudah untuk menguruskan tayar, jadi kemenangan ini sangat bermakna.

“Kami memulakan saingan minggu ini dengan cukup sukar, tetapi pasukan bekerja keras untuk memastikan jentera menjadi lebih baik. Saya gembira kerana kami mampu mengerah jentera ke tahap maksimum,” kata Verstappen selepas tamat perlumbaan.

Mengiringi pelumba Belanda itu di atas podium adalah Norris yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua diikuti seorang lagi pelumba McLaren, Oscar Piastri yang berpuas hati dengan kedudukan ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI