fbpx

EPL: Villa gagah aksi di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLA mencatat aksi tanpa kalah dalam 17 aksi di laman sendiri musim ini selain merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut setakat ini. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery menjadi individu paling gembira apabila menyaksikan pasukannya merekodkan 17 aksi tanpa kalah di laman sendiri musim ini selepas membenam Nottingham Forest 2-1 awal pagi semalam.

Dua gol yang berjaya dihasilkan pada babak pertama menerusi Morgan Rogers dan Donyell Malen membolehkan Villa meraih tiga mata tersebut, biarpun mereka terpaksa akur gawang dibolosi pada babak kedua oleh Jota Silva.

Kemenangan itu juga menyaksikan Villa meletakkan pasukan itu dalam kelab berbeza apabila turut mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua kejohanan setakat ini sekali gus menjadi bekalan semangat sebelum bertemu Paris Saint-Germain di suku akhir Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

“Saya sangat gembira apabila kami berjaya membuktikan kekuatan di Villa Park. Pasukan dan penonton saling memberikan tenaga untuk memastikan kemenangan. Kemenangan ini sangat penting buat kami.

“Penyokong begitu gembira dengan cara kami memberikan respons pada setiap perlawanan terutama berdepan Forest yang melalui musim yang cukup hebat.

“Kami cuba memberikan cabaran dalam setiap perlawanan yang diharungi, aksi kali ini, awal pagi Khamis nanti dan seterusnya baki saingan Liga Perdana Inggeris serta separuh akhir Piala FA nanti,” katanya.

Kemenangan itu membolehkan Villa terus melonjakkan kedudukan dan mengintai slot salah satu daripada tiga aksi pentas Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI