fbpx

Enam lelaki direman serang pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam lelaki tiba di Mahkamah Majistret Jawi, Seberang Perai hari ini. Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Enam lelaki tempatan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes serangan menggunakan parang dan topi keledar terhadap seorang pemandu lori di Taman Bistari, Nibong Tebal di sini semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurul Ainna Ahmad terhadap kesemua suspek berusia antara 25 hingga 29 tahun itu.

Kesemua mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan, penjaga stor dan pemandu lori direman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan mangsa yang sedang tidur di ruang tamu kediamannya didatangi keenam-enam suspek kira-kira pukul 3.30 pagi.

Perselisihan faham antara mangsa dan suspek dikatakan menjadi punca tercetusnya serangan terbabit sehingga pemandu lori itu mengalami kecederaan parah di bahu, tapak tangan serta belakang badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI