PETALING JAYA – “Jangan ganggu saya, kalau tidak saya hubungi polis.”
Demikian kata seorang jurugambar ketika diganggu seorang kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok, kejadian berlaku ketika lelaki itu berjalan sambil merakam gambar di kawasan berkenaan.
Berdasarkan rakaman itu, lelaki tersebut kemudian didekati seorang kanak-kanak yang bertanya sama ada dia merakam gambarnya.
“Why you take photo? See, see…..(Kenapa awak rakam gambar, nak tengok)” kata kanak-kanak itu.
Meskipun sudah menjelaskan tiada foto yang dirakam, kanak-kanak tersebut tetap melakukan provokasi termasuk mencabar lelaki itu untuk memanggil pihak berkuasa.
“Panggillah polis, saya nak tengok gambar,” ujarnya.
Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kanak-kanak tersebut yang dianggap kurang ajar.
“Kita bantu, selamatkan mereka tapi sekarang mereka musnahkan negara ini dengan bertindak seperti samseng,” kata @amirafiq73.
“Kenapa kita perlu simpan dalam negara ini ya?,” ujar @abd.mtlb. – KOSMO! ONLINE