fbpx

Biak hilang ketika memancing di Sungai Linggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hatta dan Ketua Operasi Zon 1, Penolong Kanan Pengusaha Bomba, Mohd. Taha Husain ketika meninjau lokasi SAR di LRA Sungai Linggi, di Rantau hari ini. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

SEREMBAN – Pasukan penyelamat menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang lelaki Myanmar yang dikhuatiri lemas dalam kejadian di takungan air Logi Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, di Rantau, di sini, bermula petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa berusia 35 tahun dikenali sebagai Biak merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Menurutnya, pihaknya mendapat maklumat mengenai insiden berkenaan kira-kira pukul 5.40 petang apabila seorang pemandu grab menahan pasukan polis Unit Kereta Peronda (MPV) untuk memaklumkan terdapat individu lemas.

“Kita percaya dalam empat ke lima individu memancing (menangkap ikan) di sini. Salah seorang dari mereka terjatuh dari batu bata. Jadi kita mulakan pencarian bermula 7 petang semalam dan terpaksa ditamatkan kira-kira 12 tengah malam atas faktor hujan, selain kedalaman air lebih lima meter.

“Pasukan penyelamat termasuk bomba menyambung pencarian hari ini dengan memperluaskan lagi sehingga ke Jambatan Sungai Linsum. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI