fbpx

‘Apa boleh buat, kami ikut arahan batal rumah terbuka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja menggantung 'banner' pemakluman pembatalan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani peringkat negeri Selangor di Dataran Kawad Akademi Pencukaian LHDN, Seksyen 15, Bangi semalam. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO

BANGI – Kontraktor yang terlibat dalam pemasangan khemah dan peralatan untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani peringkat negeri Selangor di Seksyen 15, di sini, mendakwa kos yang diperuntukkan untuk prog­ram itu mencecah RM1 juta.

Bagaimanapun, kesemua kos itu ditanggung oleh pihak penganjur.

Amri Ismail, 36, berkata, kerja-kerja pemasangan khemah di tapak majlis termasuk penyediaan karpet, kemasan kain hiasan dan sebagainya selesai seminggu sebelum raya.
Katanya, kos logistik seperti pengangkutan juga ditanggung sepenuhnya.

“Memandangkan segala persiapan sudah siap termasuk kos pemasangan, kain dan karpet. Satu kerugian besar sekiranya dibatalkan sepenuhnya. Sayang sebab semua sudah disusun rapi,” katanya.

Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Sela­ngor yang dijadual semalam dibatalkan bagi menghormati mangsa letupan paip gas di Put­ra Heights pada 2 April lalu.

Seorang lagi kontraktor, Amirul Afifi, 41, memberitahu, kos pemasangan dan segala keperluan dianggarkan seba­nyak RM1 juta.

“Kami sedikit terkilan sebab sudah bersedia untuk me­nerima kedatangan orang ramai, tetapi akur dan menghormati arahan pihak atasan.

“Selepas menerima arahan daripada pihak berkuasa, pa­sukan kami segera mengemas. Benda dah terjadi, kami tenang dan lakukan kerja seperti biasa,” katanya.

Insiden kebakaran Putra Heights minggu lalu mengundang rasa sedih dan simpati seluruh rakyat dan pembatalan rumah terbuka itu dilihat satu langkah tepat menunjukkan rasa hormat dan prihatin terhadap mangsa yang terjejas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI