fbpx

Anggota tentera baran tumbuk pemandu Axia didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Hafiz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, minggu lalu. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

SEREMBAN – Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pemandu wanita minggu lalu.

Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menumbuk di bahagian kepala seorang wanita berusia 28 tahun yang memandu Perodua Axia kira-kira pukul 10.20 malam di Taman Satria, Senawang di sini pada 29 Mac lalu.

Sehubungan itu, tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd. Zainal menawarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin, namun peguam mewakili tertuduh memohon jaminan rendah memandangkan anak guamnya menanggung dua anak masih kecil, isteri serta ibu bapa

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen serta laporan perubatan pada 19 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI