BERLIN – Ahli bina badan dan pelakon Jerman yang popular menerusi lakonannya dalam siri Netflix, Dogs of Berlin, meninggal dunia pada usia 44 tahun ketika berlari di atas mesin senaman treadmill, lapor portal berita VNEXpress.
Vittorio Pirbazari rebah pada pertengahan larian di sebuah gimnasium di Jerman baru-baru ini.
Kematiannya disahkan oleh pelakon dan pembikin filem, Said Ibrahim ketika memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di laman Instagram.
“Vito (Vittorio) mempunyai hati yang bersih seperti kanak-kanak berumur 10 tahun,” kata Said.
Menurutnya, Pirbazari mungkin mengalami serangan jantung secara tiba-tiba.
Polis Jerman bagaimanapun belum mengumumkan punca kematian ahli bina badan itu.
Awal tahun ini, Pirbazari telah menjalani pembedahan untuk memulihkan otot dada kanannya yang koyak. – AGENSI