fbpx

‘Abang belon’ retak tulang belakang, polis tunggu laporan penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis masih menunggu laporan penuh perubatan berhubung kecederaan peniaga belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa DBKL pada 28 Mac lalu.

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan penuh perubatan berhubung kecederaan peniaga belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 28 Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, berdasarkan laporan awal perubatan, peniaga terbabit mengalami kecederaan retak tulang belakang dan tisu lembut.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan penuh perubatan daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) yang dijangka siap dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Sebelum ini, abang belon atau nama sebenarnya Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, dilaporkan mengalami kecederaan tulang belakang ‘compression fracture T12’ berdasarkan nota discaj yang dikeluarkan HSIS.

Semalam, Muhammad Zaimuddin tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira pukul 11.09 pagi.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, pihaknya tidak akan membuka kertas siasatan baharu susulan laporan polis yang dibuat oleh peniaga terbabit.

Katanya, polis turut merakam keterangan dua individu lain termasuk pihak yang membekalkan belon kepada Muhammad Zaimuddin.

“Kita mendapati laporan yang dibuat oleh Muhammad Zaimuddin konsisten dengan rakaman percakapan yang diambil sebelum ini.

“Laporan ini dirujuk kepada laporan terdahulu yang dibuat oleh ibu Muhammad Zaimuddin di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Dua kertas siasatan di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kita sedang menunggu arahan untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI