fbpx

Wanita kena tumbuk semasa wawancara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRIANNA (kiri) menumbuk Savannah di Harlem, New York. - Foto X.com

NEW YORK  – Seorang aktivis antipengguguran bayi ditumbuk di muka dalam satu wawancara  jalanan oleh seorang wanita yang mendakwa bahawa dia bertindak demikian kerana diprovokasi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Savannah Craven Antao, 23, ditumbuk Brianna Rivers selepas mereka berbalah dalam wawancara hangat mengenai hak wanita untuk menggugurkan kandungan, baru-baru ini.

“Saya bukanlah  orang yang mengaku bahawa mereka yang membunuh bayi (menggugurkan kandungan ialah orang  baik,” kata Savannah dalam satu rakaman video yang dikongsi di internet.

Beberapa saat kemudian, muka Savannah berlumuran darah di depan kamera dan kedengaran memberitahu seseorang melalui telefon: “Dia (Brianna) menumbuk muka saya.”

Brianna kemudian meminta maaf dalam catatan Facebooknya, namun menyatakan, rakaman video perbalahan mereka telah disunting dan tidak memaparkan punca dia menumbuk Savannah.

“Dia (Savannah) perlu menyiarkan  rakaman video yang tidak disunting dan secara keseluruhan. Saya tidak akan membiarkan diri ini difitnah susulan tindakan wanita ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI