fbpx

Trafik menghala keluar Kelantan perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan menuju ke bandar Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Aliran trafik di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis di sini bergerak perlahan apabila berlaku pertambahan kenderaan sejak kelmarin.

Tinjauan Kosmo! mendapati, jumlah kenderaan ketika ini semakin bertambah, namun trafik masih terkawal dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam ini.

Seorang pekerja swasta, Muhamad Idris Jaafar, 39, berkata, dia memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur hari ini kerana akan kembali bekerja esok.

Katanya, aliran trafik perlahan di beberapa lokasi menuju ke Gua Musang.

“Saya bertolak dari Kuala Krai kira-kira pukul 8 pagi dan sampai di Hentian Gua Musang pukul 11.30 pagi.

“Saya berhenti rehat seketika di Hentian Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan. Saya mendapat maklumat bahawa kesesakan masih berlaku di jalan Kuala Lipis menuju ke Plaza Tol Gombak,” katanya.

Seorang lagi perantau, Mohd. Irwan Zakaria, 45, pula berkata, dia turut menempuh kesesakan jalan terutamanya di Bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Katanya, terdapat beberapa kemalangan kecil berlaku sepanjang perjalanan yang menyebabkan aliran trafik perlahan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI