fbpx

‘Tabur’ wang di atas kubur sempena lebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita menabur wang di atas kubur di Selang, Cibitun. - Foto TikTok @mamiken_gum

JAKARTA – Satu rakaman video memaparkan tradisi menabur wang di atas kubur sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Selang, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita Banjarmasin Post hari ini.

Rakaman video tular itu turut menunjukkan wang disusun di atas kain yang menutup permukaan kubur. 

Kaum keluarga juga meletakan sejumlah telur, bunga dan beberapa gelas kopi hitam di atas permukaan kubur orang tersayang.

“Ziarah makam orang tua, tradisi adat kampung aku,” demikian menurut keterangan video di TikTok @mamiken_gum.

Wang dan telur tersebut akan diberikan kepada anak-anak, cucu dan cicit yang datang menziarahi kubur.

Berbagai ulasan diberikan netizen seperti: “Maaf. Kenapa diletakkan telur dan wang di atas kubur. Seumur hidup saya baharu melihat tradisi seperti ini.”

“Setelah meninggal doa anak yang soleh diperlukan bukan duit atau telur,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI