fbpx

Syawal berdua, Syafiq, Mimi bikin cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK mendirikan rumah tangga, semua perkara yang dikongsi Syafiq Kyle dan Mimi Lana dalam media sosial pasti membuatkan ramai tidak senang duduk.

Mana tidaknya, rupa-rupanya masih ramai yang cemburu melihat kebahagiaan pasangan berkenaan dan semakin membuak-buak selepas mereka memuat naik foto Syawal pertama sebagai suami isteri.

Pecah perut membaca komen netizen yang berseloroh Syafiq dan Mimi tidak menghormati perasaan golongan yang masih beraya dengan status bujang.

Perkongsian tersebut turut mengundang komen daripada rakan selebriti lain seperti Sharnaaz Ahmad.

“Aku sebagai presiden (golongan bujang) merasa sedikit cemburu dengan gambar ini,” kata Sharnaaz.

Bukan itu sahaja, netizen juga berkata Syafiq beruntung kerana akhirnya mempunyai pasangan untuk menyiapkannya pada pagi raya.

“Syafiq sudah ada orang tolong pakaikan samping tahun ini, untunglah.

“Ciumlah, peluklah, tak cemburu pun. Sumbat kuih makmur okeylah nanti,” seloroh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI