SEJAK beberapa bulan lalu, kecoh dalam media sosial tentang Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang dikatakan berantakan.
Namun, semua itu berakhir sebagai khabar angin apabila mereka dilihat bahagia menyambut hari raya bersama baru-baru ini.
Sedondon memakai busana berwarna merah jambu, kemunculan Kamal dalam video Uqasha sekali gus melenyapkan dakwaan rumah tangga mereka goyah dan hampir bercerai.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai teruja selain mengundang ribuan doa agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.
“Semoga pasangan ini kekal bahagia ke akhir hayat.
“Selain doa, baju merah jambu Uqasha lawa sangat! Cantik