fbpx

Shereen sambar emas 400m di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHEREEN memastikan kejuaraan pertama musim ini selepas memenangi pingat emas acara 400m di Florida, Amerika Syarikat. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Pelari pecut wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi acara 400 meter (m) pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic di Florida, Amerika Syarikat.

Pada aksi final yang berlangsung semalam, pelari pasukan Life Speed itu berjaya memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas melakukan larian cukup baik bagi menamatkan saingan dengan catatan masa 53.72 saat (s).

Mengiringi Shereen di podium adalah Gabby Johnson dari pasukan North Florida yang melakukan catatan masa 55.17s untuk memenangi pingat perak manakala gangsa dimenangi pelari pasukan Rowan, Nevaeh Lorjuste dengan 56.91s.

Shereen berkata, walaupun berdepan cabaran cukup sukar pada aksi final itu, namun dia masih mampu untuk mengerah segala kudrat bagi memenangi perlumbaan tersebut, sekali gus menjadi kejuaraan pertamanya musim ini.

“Pada perlumbaan hari ini (semalam), 200m pertama agak mencabar kerana keadaan yang berangin selain berdepan arah angin berlawanan. Secara keseluruhan, saya rasa sangat baik dari segi teknikal,” katanya.

Kemenangan itu pastinya mampu menjadi pembakar semangat buat Shereen bagi memburu lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, termasuk melayakkan diri ke Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo, Jepun September depan.

Meskipun memenangi emas, namun catatan masa dilakukan atlet berusia 27 tahun itu masih jauh jika dibandingkan dengan rekod kebangsaan 51.79s miliknya yang dibuat pada kejohanan Music City Track Carnival di Tennessee, Amerika Syarikat Jun tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI