fbpx

Sebab Covid-19, ‘lockdown’, Neelofa berjodoh dengan PU Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa mendedahkan dia berjodoh dengan PU Haris secara kebetulan.

PETALING JAYA – Jodoh hadir indah pada waktunya, usahawan dan pengacara Neelofa mendedahkan detik awal perkenalannya dengan suami tercinta, Haris Ismail ketika negara dilanda pandemik Covid-19 sekitar tahun 2020.

Menerusi perkongsian video TikTok, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, berkongsi kisah tersebut berlaku sewaktu umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Masa itu dah seminggu Ramadan, saya belum tarawih langsung sebab lockdown. Tiada pengisian. Jadi saya tanya kawan, ada tak orang boleh datang jadi imam?

“Saya cuba hubungi seorang ustaz, tapi dia sibuk. Kawan saya cadangkan PU Haris. Dari situ semuanya bermula,” katanya.

Tambah bekas pengacara MeleTOP itu, mereka berdua sebelum ini pernah bertemu dalam beberapa majlis, namun langsung tidak bertegur sapa.

Malah, ketika itu Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 30, baru sahaja pulih selepas dijangkiti virus Covid- 19.

“Kami pernah jumpa beberapa kali sebelum Covid-19. Tapi tak pernah berbual pun. Perjumpaan pada tahun 2020 jadi titik mula.

“Dia antara pesakit terawal dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Haris pernah kata, ‘masa tu katil sebelah dah ada kain kafan, hari-hari orang meninggal’.

“Dari situ dia mula mencari hala tuju hidup. Saya pun dalam fasa sama. Allah pertemukan kami,” ujarnya.

Neelofa dan Haris selamat diijabkabulkan pada 26 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI