fbpx

Rumah terbakar, duit niaga pula jadi abu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran empat buah rumah dan sebuah kedai di belakang Pasar Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat petang tadi. - Foto oleh ROHANA ISMAIL

TUMPAT – Seorang peniaga hanya mampu berputih mata apabila bukan sahaja rumahnya hangus dijilat api, malah wang simpanan hasil jualan makanan sebanyak RM2,000 turut menjadi abu selepas rumahnya terbakar dalam kejadian berhampiran Pasar Chabang Empat Tok Mek Ngah, di sini hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 4.11 petang itu menyebabkan Mohd. Shamsul Zawawi Awang, 43, tinggal selehai sepinggang selepas dia tidak sempat menyelamatkan semua barangan miliknya di dalam rumah sewa tersebut.

Mohd. Shamsul berkata, semasa kejadian berlaku, dia membawa anaknya sulungnya yang menghidap penyakit jantung untuk janji temu bagi rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

“Saya bergegas pulang selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu dan hanya mampu melihat dari jauh. Tiga buah motosikal milik saya turut hangus,” katanya ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Muhammad Najmi Mat Yusoff berkata, kebakaran itu melibatkan empat buah rumah dan sebuah rumah kedai.

Katanya, seramai 19 pegawai serta anggota dari balai bomba Wakaf Bharu, Tumpat dan Pengkalan Kubor berjaya memadam kebakaran itu kira-kira pukul 6.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI