fbpx

Pertuduhan kes lindungi 17 individu etnik Rohingya ditangguh 13 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Rohingya (kiri) hadir prosiding pertuduhan melindungi 17 warga Myanmar tanpa dokumen sah di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Pertuduhan ke atas dua lelaki termasuk etnik Rohingya atas dakwaan melindungi 17 warga Myanmar di Mahkamah Sesyen di sini ditangguhkan pada 13 Mei depan.

Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas lelaki etnik Rohingya berusia 27 tahun memaklumkan kepada mahkamah dia tidak memahami bahasa Melayu.

Seorang lagi tertuduh yang merupakan lelaki tempatan berusia 35 tahun tidak dapat hadir prosiding hari ini berikutan menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini kerana masalah diabetes.

Mereka didakwa melakukan itu di sebuah premis di Taman Sejati Indah, di sini pada 11 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), J. G.Kameeni manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam, Nurul Aqilah Syaqirin Nor Shahrul dan N. Nagaratnam.

Mahkamah menetapkan 13 Mei depan sebagai tarikh baharu lantikan jurubahasa dan pertuduhan kes.

Lelaki Rohingya itu turut diperintah ditahan di Penjara Sungai Petani sementara menanti tarikh sebutan semula kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI