fbpx

Penggempur baharu Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHEZ yang sedang beraksi bersama FC OKMK Olmaliq didakwa memiliki hubungan darah Malaysia dan boleh diserap sebagai pemain warisan baharu.

REVOLUSI skuad Harimau Malaya dijangka terus sempurna apabila penyerang kelahiran Sepanyol, Ruben Sanchez didakwa memiliki darah kacukan Malaysia dan boleh diserapkan pada kem latihan antarabangsa akan datang.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan telah menerima kehadiran tiga pemain warisan baharu pada aksi antarabangsa lepas seperti Hector Hevel yang diserapkan dalam kesebelasan utama selain penjaga gol, Christian Abad dan bek kiri, Gabriel Palmero.

Kini, nama Sanchez yang mewakili kelab Liga Uzbekistan, FC OKMK Olmaliq sebagai penyerang dikaitkan bakal menjadi penggempur yang bakal menyarung jersi ‘No. 9’ baharu pasukan kebangsaan kendalian Peter Cklamovski.

Meskipun tiada pengesahan rasmi daripada pemain terbabit dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setakat ini, peminat bola sepak tanah air mula menyebarkan spekulasi mengenai status warisan Sanchez sejak bulan lalu.

Menurut laman sukan terkemuka transfrmarket.com, Sanchez kini berusia 31 tahun memiliki tanda harga sebanyak €350,000 (RM1.7 juta) dan pernah mewakiliki beberapa kelab ternama Sepanyol selain turut membuat penampilan dalam kancah La Liga.

Antara kelab yang diwakilinya sebelum berkelana ke Uzbekistan seperti Sporting Gijon dan Granada.

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang mencetuskan idea ‘revolusi’ mendedahkan tujuh lagi pemain berdarah warisan yang bakal diserapkan dalam skuad kebangsaan tidak lama lagi.

Seorang lagi pemain yang bertapak di bumi Uzbekistian, Jon Irazabal yang bersama kelab Sabah FK turut dikatakan mempunyai darah Malaysia tetapi tidak dapat diserapkan dalam skuad kebangsaan bulan lalu kerana proses dokumentasi masih belum lengkap.

Harimau Malaya bakal berkumpul semula pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam dan Laos pada Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI