fbpx

Pelawak asal Johor, Ronnie Chieng lepaskan kerakyatan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelawak asal Malaysia, Ronnie Chieng melepaskan kerakyatan Malaysia selepas secara rasmi mendapat taraf warganegara AS.

PELAWAK asal Johor yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS), Ronnie Chieng melepaskan kewarganegaraan Malaysia selepas secara rasmi mendapat kerakyatan negara Uncle Sam itu.

Perkara tersebut didedahkan kepada umum ketika aktor legenda, Bill Murray muncul membuat kejutan dalam program The Daily Show yang dikendalikannya.

Menerusi klip video yang tular, Chieng, 39, teruja sebaik melihat pelawak tersohor itu memasuki set ketika sesi soal jawab bersama penonton sedang berlangsung.

“Mereka maklumkan anda sangat gembira hari ini selepas dapat tahu yang anda sudah mendapat kerakyatan Amerika Syarikat,” katanya sambil menghulurkan salam.

Usai memeluk Chieng, Murray, 74, kemudian terus ke belakang pentas menunggu untuk dipanggil semula naik ke pentas mengambil giliran untuk diwawancara.

Terus mengesahkan kenyataan dibuat pelawak senior, aktor kelahiran Johor Bahru itu mengakui sudah diberikan kewarganeraan negara terbabit.

“Memang pengalaman yang sangat gila apabila anda dapat kerakyatan AS pada hari sama anda sepatutnya menemu bual Bill Murray. Ini hari yang panjang.

“Saya perlu pergi ke soal jawab, mereka tanya macam 100 soalan, saya jamin anda boleh jawab soalan diberikan. Saya perlu mengingari berapa koloni, nama negeri serta Presiden sekarang. Sangat susah,” ujarnya.

US Citizenship and Immigration Services memberi kebenaran kepada individu memegang dua kerakyatan mengikut syarat tertentu di bawah akta Immigration and Nationality Act.

Begitupun, bagi Malaysia mereka yang memilih menjadi warganegara rakyat negara lain perlu melepaskan kerakyatannya.

Mengimbas kembali latar belakangnya, bekas penyampai radio itu dilahirkan di Johor tetapi dibesarkan dan bersekolah di Singapura.

Chieng mencipta nama di peringkat antarabangsa sebagai pelawak dan mengadakan siri jelajah komedi di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, India, Kanada serta London.

Beliau yang menyambung pengajian di Australia kemudian berpindah ke New York dan memulakan kerjaya sebagai wartawan untuk rancangan The Daily Show With Trevor Noah.

Ronny semakin dikenali selepas muncul dengan sebuah program Netflix berjudul Asian Comedian Destroys America selain terus meraih kemahsyuran selepas membintangi filem popular The Crazy Rich Asians.

Pada masa sama, The Daily Show kendaliannya turut meraih trofi Anugerah Emmy ke-76 sebagai Siri Wawancara Terbaik tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI