fbpx

Maut dirempuh kereta lepas terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

KOTA SAMARAHAN – Seorang remaja lelaki maut akibat dilanggar kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terbabas di Kilometer 3, Jalan Datuk Mohd. Musa di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, kejadian pukul 9.35 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 18 tahun dalam perjalanan dari arah Kampung Baru, Kota Samarahan ke Desa Ilmu.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan lalu dilanggar oleh kereta dari arah bertentangan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak manakala pemandu kereta yang merupakan anggota tentera berusia 25 tahun tidak cedera. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI