fbpx

Malaysia pastikan bantuan ke Myanmar disampaikan pada masa tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad semasa misi kemanusiaan ke Nay Pyi Taw susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 7.7 pada 28 Mac lalu.

PETALING JAYA – Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Negara-Negara Anggota ASEAN lain, ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) dan United Nation Office for the Centre of Humanitarian Assistance (UN-OCHA) serta rakan kemanusiaan antarabangsa bagi memastikan bantuan disampaikan ke Myanmar tepat pada masanya.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN juga akan memastikan bantuan berkenaan berterusan dan berpandukan keperluan sebenar rakyat Myanmar dalam tempoh kritikal ini.

Menurutnya, semalam beliau telah menamatkan misi kemanusiaan ke Nay Pyi Taw susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda wilayah tengah Myanmar dan kawasan sekitarnya.

“Saya bersama TYT Maris Sangiampongsa, Menteri Luar Negeri Thailand telah mengadakan pertemuan bersama Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar dan Menteri Luar Negeri U Than Shwe.

“Dalam pertemuan ini, telah saya sampaikan ucapan takziah dan solidariti keluarga besar ASEAN kepada rakyat Myanmar selain menegaskan komitmen kolektif ASEAN untuk terus menyalurkan bantuan segera, efektif dan sokongan jangka panjang bagi usaha pemulihan komuniti yang terjejas,” katanya.

Katanya, sebelum meninggalkan Myanmar, beliau juga telah menerima taklimat situasi daripada wakil AHA Centre dan wakil UN di Nay Pyi Taw.

Terdahulu, Mohamad bersama beberapa deligasi memulakan lawatan ke Myanmar hari ini bagi melaksanakan misi kemanusiaan susulan gempa bumi melanda negara itu pada 28 Mac lalu.

Lawatan tersebut turut diiringi rakan sejawat Mohamad dari Thailand, Maris Sangiampongsa, sekali gus memperkukuh semangat kerjasama rapat ASEAN dalam usaha bantuan kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `520` and content-type is `text/html; charset=UTF-8`