fbpx

Liga Super: Perak FC tamatkan kemarau kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN KL City, Paulo Josue (kiri) terlebih dulu meletakkan pasukannya di depan sebelum Perak FC pamer kebangkitan untuk memperoleh dua gol di babak kedua. - SHIDDIEQIIN ZON

kUALA LUMPUR – Hasrat Kuala Lumpur City melakar kemenangan hatrik dalam kancah Liga Super tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Perak pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Bekas pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Nur Azfar Fikri Azhar muncul wira The Bos Gaurus selepas menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-80.

Tiga mata itu memastikan anak buah Yusri Che Lah menamatkan kemarau kemenangan sejak kali terakhir melakukannya semasa membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 7-0 di Ipoh, 26 Januari lalu.

Terdahulu, The City Boys memulakan aksi dengan langkah kanan apabila terlebih dulu membuka jaringan menerusi pemain naturalisasi negara, Paulo Josue pada minit ke-31.

Walaupun memiliki kelebihan, Perak nyata memiliki tuah di babak kedua dan usaha berterusan yang dilakukan membuahkan hasil apabila kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Luciano Guaycochea pada minit ke-77.

Ketika tuan rumah terus bekerja keras untuk memperoleh gol kedua, nasib nyata lebih menyebelahi pelawat, menyaksikan Nur Azfar merobek gawang lawan buat kali kedua. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI