fbpx

Lelaki meninggal dunia atas siling rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki berusia 39 tahun ditemui meninggal dunia di atas siling sebuah rumah di Taman Chemor Perdana, Chemor, petang tadi.

IPOH – Seorang lelaki berusia 39 tahun ditemui meninggal dunia di atas siling sebuah rumah di Taman Chemor Perdana, Chemor, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, lelaki terbabit dikatakan tidak sedarkan diri ketika melakukan kerja-kerja pendawaian.

Katanya, maklumat kejadian itu kemudian dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 6.23 petang.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun yang hadir ke lokasi kejadian segera melakukan tugas penyelamatan dengan menaiki ruangan siling rumah menggunakan tangga.

“Anggota Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan melakukan rawatan awal dengan memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum petugas perubatan mengesahkan lelaki itu meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada pukul 8.27 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI