fbpx

Lelaki bersahaja usap kepala ular tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki berdepan dengan seekor ular tedung. - Foto Instagram/panjipetualang_real

NEW DELHI – Seorang lelaki dengan tenang duduk ‘bertinggung’ di hadapan seekor ular tedung gergasi dan melayan haiwan berbisa itu seperti rakannya, lapor saluran berita NDTV semalam. 

Rakaman video kejadian  dimuat naik ke platform Instagram baru-baru ini, memaparkan lelaki memakai kemeja-T kuning dan seluar jean biru itu berhadapan seekor ular tedung yang mulutnya terbuka luas. 

Reptilia itu ‘mendongak’ dan sedia menyerang, namun dia seterusnya menyentuh kepala ular tersebut dengan lembut.

Lelaki itu kemudian beredar dari lokasi kejadian.

Seorang netizen berkata: “Sekiranya anda menunjukkan sikap tenang di hadapan ular tedung, ular berbisa itu juga akan bertenang! Ular hanya menyerang untuk mempertahankan diri atau apabila berasa terancam.”

“Lelaki itu terlalu tenang untuk menjadi rakan kepada ular tedung. Aura positifnya di tahap lain,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI