fbpx

Khemah mercun terbakar sebab terkena percikan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan gerai mercun yang terbakar di Kampung Batu 9 Pekan, Sabak Bernam, Selasa lalu.

SABAK BERNAM – Terkena percikan api mercun dipercayai punca kebakaran khemah menjual mercun sehingga mencederakan empat pekerja dalam kejadian di Kampung Batu 9 Pekan di sini, Selasa lalu.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berlaku akibat terkena percikan api mercun.

“Selepas mengambil beberapa rakaman percakapan, kita sedang menunggu beberapa lagi mangsa atau saksi bagi maklumat lebih terperinci.

“Siasatan mendapati kejadian itu tiada sebarang unsur jenayah,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut beliau, siasatan turut mendapati perniagaan gerai mercun tersebut diusahakan sejak awal Ramadan lalu.

“Seorang mangsa yang parah dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI